Followers

Sunday, June 5, 2011

AsAl Korang Asyik MeNgeLuH jEeEe..?

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnye.

Kita bertanya : Kenapa aku diUJI?..
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengire bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman, sedangkan mereka tak diuji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ."
<Surah al- Ankabut,ayat 2-3>

Kita bertanya : Kenapa aku x dapat apa yang aku idam-idamkan?.
Quran menjawab, " Boleh jdai kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah telah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
<Surah al-Baqarah,ayat 216>

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
<Surah al-Baqarah,ayat 286>

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?.
Quran menjawab , "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman."
<Surah Ali Imran,ayat 139>

Kita bertanya : Bagaimana harus aky menghadapinya?.
Quran menjawab , " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
<Surah al-Baqarah,ayat 45>

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab, "Cukupla Allah bagiku,tidak ada tuhan selain daripadanya.Hanya kepadaNya aku bertawakal."
<Surah at-Taubah,ayat 129>

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, " Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka syurga untuk mereka,"
<Surah at-Taubah,ayat 111>

Kita berkata : Aku x tahan!.
Quran menjawab ," ....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesunggunhya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
<Surah Yusuf,ayat 12>


Kita berkata : Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab," Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
<Surah al-Insyirah,ayat 5-6>

tengokla wahai saudara-saudari,segala pertanyaan kita,sudah terjawab di dalam Al-quran,walaupun dengan secara lansung @ tidak lansung..

ini membuktikan bahawa Al-quran adalah petunjuk bagi kita semua,dan kembalilah pada Alquran walau apa pon berlaku..

segala yang baik,datg daripada Allah s.w.t. 
segala yang buruk juga datg daripada Allah s.w.t tapi disandarkan pada diri saya yang lemah ini..

peace youh..:)

maaflah ye kawan,da lama xupdate..nampak cam da bersarang da blog nie.. hehe..malas menguasai diri lah,hehe..okey,truskan membaca blog saya yup..


6 comments:

Rafidah Farhana said...

Sebab mereka tak tahu yang masalah dalam dunia ni pasti ada jalan penyelesaian. Makanya mengeluh adalah yang terbaik buat mereka :)

Anonymous said...

macam pena tgk la..hmmm...dari SAHABAT kt pasum ae?..

norakmaMamat said...

betul dik..tersedar lak...
hhuhuhu:(

EZAN IDMA said...

em, Alquran Petunjuk hidup kta. :) tq share

fifianggun said...

hihi,,,terase

Izyan Masri said...

ALLAH TAKKAN UJI HAMBANYA MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBA TU SENDIRI.